Hello,
baca & fahamilah. dapat post dari Atiqah. hehe.
Saya Wanita Kamu, Semua Milik Kamu Saya Punya
Saat 8 minit perkenalan.
Kamu baru tahu URL Facebook dia.
Kamu baru tahu wajah dia.
Kamu baru tahu nama manja dia.
Saat 8 minggu perkenalan.
Kamu sudah tahu dia suka makan panda kicap goreng.
Kamu sudah tahu semua nombor telefon dia & semua website yang dia ada.
Kamu sudah tahu berapa biji jerawat di kening dia.
Saat 8 bulan perkenalan.
Kamu sudah tahu koordinat tahi lalat di bontot dia.
Kamu sudah tahu jenama syampu dia.
Kamu sudah tahu dia cukur bulu ketiak ka tidak.
Dan gambar kamu dengan dia sangat bersentuhan & bersepah dalam Album 'My Lurve 4-Eva'.
Maka kamu sudah menjadi wanita dia.
Kamu cinta dia.
Dia cinta kamu.
Kami sangat bahagia~~
Konon.
Genap 18 bulan kamu kenal.
Kamu mula rasa tergugat.
Password Facebook, Youtube, Yahoo, Gmail dia kamu rampas.
Semua INBOX di dunia kamu baca.
Kamu tidak suka membaca pun tiba-tiba jadi ulat baca.
Ada perempuan mesej, kamu delete / kamu reply dengan maki hamun.
Kamu tidak peduli perempuan itu sepupu dia ka, makcik dia ka, adik dia ka.
Kamu add semua kawan perempuan dia tanpa bertegur sapa.
Sekadar mahu mengawal situasi.
Handphone dia?
Ah, memang kamu mesin Log List.
Selagi kamu bersama dia, memang talipon dia kamu rampas.
Contact list berbentuk Natasha, Eliza, Nadia & Shasha, memang kamu akan maki.
Ke mana dia pergi?
Memang kamu macam lekat dalam poket dia.
Hilang sekejap ja pun, kamu marah.
Hilang lama-lama, memang kamulah perempuan gila penuh dengan caci maki.
Selain menjadi girlfriend yang menjengkelkan, kamu jadi part-time polis.
Kamu tiba-tiba lupa.
Saat kamu dengan dia bahagia dulu...
Genap 25 bulan.
Dia tidak tahan dengan kamu.
Kamu kata kamu sayang dia, tapi kamu TIDAK PERCAYA dia.
Kamu kata kamu sayang dia, tapi kamu TIDAK FAHAM dia.
Kamu kata kamu sayang dia, tapi kamu MAKI dia.
Kamu kata kamu sayang dia, tapi kamu TUDUH dia bukan-bukan.
Kamu kata kamu sayang dia, tapi kamu sanggup PIJAK dia.
Apa itu?
Cinta?
Setakat ada album 'My Lurve 4-Eva' dipenuhi gambar kamu berdua bersentuhan sepah sana sini,
Setakat status kamu dan dia konon 'kahwin sampai mati',
Setakat kamu salu makan di McD sama-sama,
Setakat pergi tengok wayang sama-sama,
Stakat mempunyai t-shirt sama beli 1 percuma 8,
Stakat I Love You, You Love Me 8 ribu kali sehari dlm SMS,
Itu hanya khayalan kamu.
Bila kamu rasa sanggup cuci taik dia,
Bila kamu rasa sanggup cuci air kencing dia,
Bila kamu sanggup cuci darah dia,
Bila kamu sanggup tengok muka dia biru, berkedut, hodoh menahan sakit,
Bila kamu sanggup tidak tidur semata-mata jaga dia,
Bila kamu sanggup korbankan masa diri kamu untuk dia,
Bila kamu sanggup sakit untuk dia,
Bila kamu sanggup utamakan dia lebih dari diri kamu sendiri,
Itu barulah bukan khayalan.
Saya Wanita Kamu, Saya Tidak Akan Berhenti Memberi.
Wassalam.
****
fun. :)
