Wednesday, April 7, 2010

:)

Hello.

Minol just sent me a msg thru facebook. :) something to share.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda ‘Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.’

__________________________

Selepas kamekorang solat isya', kamekorang selalu nya baca yassin. jadi, sebelum baca yassin.. ustaz selalu berik ceramah lah, sik juak ceramah.. just peringatan kepada diri masing masing tentang al quran. haritok, nya cerita hal KIAMAT & AL QURAN. ustaz pesan : bila hari kiamat / akhirat kelak, bila semua benda sik dapat selamatkan kita.. al quran ada stand up for dirik kita. al quran akan madah "jangan hukum ABC. sebab masa ABC maseh hidup, ABC sentiasa membaca al quran" dengan saksi al quran, ia dapat meringankan beban kita di akhirat. parents selalu marah mun kamekorang malas mok ngaji ( dolok la.. ) kinektok, masa ustaz dah datang, faham faham sendiri lah.. sik perlu mok di padah gik ngaji. :) hehe.

*ABC ya bukan nama sebenar. siapa siapa pun boleh. asal ikhlas baca al quran.

renung renungkan lah & selamat beramal.

Assalamualaikum.