hai blog,
saya ingin meminta maaf kerana telah melalaikan awak untuk beberapa hari. saya agak sibuk dengan urusan peribadi & dunia saya sendiri. disini, saya ingin menyatakan, saya masih sayangkan awak blog, tolong jangan hampakan perasaan saya terhadap diri awak. oleh itu, saya berasa amat berbesar hati untuk mengemaskinikan awak blog. beberapa hari ini, saya tidak mempunyai masa & minat untuk melayari laman sesawang, entah mengapa.. hati saya seakan bosan terhadap burungter (twitter), mukabuku ( facebook ) & ya, kamu blog.
hari ini, saya & ibu saya telah ke Spring. Ibu telah menjanjikan saya untuk membeli ipod, untuk hadiah hari jadi saya. yeyeyeyeah. alhamdulilah, ibu saya mahu belikan.. dengan satu syarat, JANGAN MENGARE. ( sila abaikan maksud mengare jika para pembaca tidak faham HUAHUA. ) dengan adanya ipod, saya sangat bersemangat untuk jogging. HAHA. ya, satu alasan yang agak munasabah... kan? ( tolong bagi saya dorongan & semangat yang positif ) Ipod saya berwarna merah jambu dan terus terang saya katakan, saya akan menyayangi nya seumur hidup. HAHAHA. Ibu juga belikan saya pewangi kegemaran saya. lancome hypnose, itu adalah stock lancome yang terakhir.. kerana lancome tidak akan mengeluarkan pewangi tersebut pada masa akan datang. oleh itu, saya harus berjimat cermat mengunakan nya. HAIH...
oh ya, hari ini hari jadi komputer riba saya. baru satu bulan, saya sayangkan awak si puteh. jangan hampakan saya & masa depan saya. :))
saya telah mengabaikan Raor, facebook & Twitter. maafkan saya perlukan kehidupan yang normal.
semperna cuti sekolah ini, saya ingin menurunkan berat badan. :) berat badan saya tidak stabil, berikutan stress dan depressi yang berpanjangan. damnson. tidak mengapa, sekurang kurangnya saya berusaha.
jika anda tidak berpuas hati & menganggap bahasa melayu saya agak madot, sila abaikan atau jangan baca blog saya lagi
saya akan menulis lagi, esok.
sekian terima kasih.. ( terima kasih kerana setia membaca blog saya. )
Zazza Kushairi.
